C/LMS adalah satu sistem pembelajaran yang dapat diaplikasikan oleh semua pelajar. C/LMS adalah kemudahan yang disediakan secara maya yang dapat memudahkan sesuatu maklumat diperolehi oleh para pelajar. Selain itu juga, para pelajar dapat berkongsi maklumat dan dapat memuat turun segala nota kuliah yang diberikan oleh pensyarah, begitu juga dapat mengetahui pengumuman penting, kuiz dan lain-lain di dalamnya. Sebagai contoh, penggunaan SPIN yang dipraktikan di UKM, Bangi.
C/LMS ini kebiasaannya digunakan oleh para pendidik dan pensyarah untuk menyampaikan maklumat kepada para pelajar . Para pelajar di mana-mana institusi seperti pengajian tinggi juga turut menggunakannya untuk mendapatkan maklumat sebagaimana contoh di laman web SPIN Bangi. Pelajar hanya perlu menggunakan no pengenalan dan kata laluan mereka. Ini penting untuk mengelakkan orang lain menceroboh dan meminda sesuatu yang tidak sepatutunya seperti mengubah pendaftaran subjek dan sebagainya. Ini semua penting kerana kaedah pembelajaran di institusi pengajian tinggi pada masa kini berpusatkan pelajar bukan berpusatkan guru atau pensyarah semata.
C/LMS ini adalah sesuatu yang baharu di dalam teknologi yang dipraktikan di dalam kehidupan para pelajar universiti. Kemudahan C/LMS ini biasanya digunakan oleh sekolah-sekolah kerajaan, sekolah- sekolah persendirian, institusi pengajian tinggi swasta dan institusi pengajian tinggi awam. Sistem ini digunakan sepanjang tempoh sesi pembelajaran.
Dengan adanya C/LMS ia dapat memudahkan segala urusan terutamanya bagi golongan pendidik dan pensyarah dalam melaksanakan tugasan. Bagi golongan pendidik, mereka dapat mencari dan mengkaji segala maklumat yang dapat diperolehi melalui laman web. Selain itu, C/LMS ini juga memudahkan segala urusan pembelajaran. Oleh itu, para pelajar tidak akan ketinggalan dalm proses pembelajaran. C/LMS juga membantu para pelajar dan pensyarah untuk berkongsi maklumat dan idea dalam melaksankan setiap tugasan.
C/LMS dapat digunakan sekiranya setiap pelajar mempunyai kata laluan masing-masing. Contohnya, setiap pelajar di Universiti Kebangasaan Malaysia cawangan Bangi, menggunakan perkhimadan SMP web dan SPIN. Untuk menggunakannya para pelajar perlu memasukkan nombor pengenalan diri seperti no matrik dan kata laluan yang diperolehi daripada e-mel melalui perkhidmatan tersebut. SMP web memudahkan para pelajar untuk mengetahui pelbagai info seperti maklumat peribadi pelajar, pendaftaran kursus, dan lain-lain. Selain itu, para pelajar juga dapat menyemak segala makluamt mengenai pendaftaran pelajar, maklumat peperiksaan dan sebagainya. Selain itu, pelajar juga dapat membuat sebarang aduan menggunakan laman SMP web ini. Contoh yang kedua ialah SPIN Bangi, melalui laman web ini para pelajar boleh mendapatkan maklumat penting daripada pensyarah, nota
KELEBIHAN DAN KELEMAHAN C/LMS.
= Memudahkan tenaga pengajar seperti pensyarah atau pendidik menyampaikan pelbagai maklumat penting kepada para pelajar.
= Maklumat dapat disampaikan dengan cepat dan mudah.
= Memberi kemahiran baru kepada pelajar dalam mendapatkan maklumat menggunakan teknologi yang terkini.
= Nota-nota kuliah atau toturial dapat di muat turunkan dengan mudah dan tidak membebankan pensyarah juga pelajar.
= Memudahkan pensyarah melakukan pemantauan terhadap pelajar.
= Tidak perlu beratur panjang atau menuggu lama untuk sesuatu pendaftaran subjek.
= Jika berlaku sesuatu pada program atau pangkalan data di dalam SPIN atau SMP web ia akan menjejaskan kesemua data .
= Apabila ini berlaku ia akan menjejaskan maklumat untuk sampai kepada para pelajar,SPIN tidak dapat dibuka.
= Para pelajar tidak dapat mengambil nota kuliah atau apa-apa yang penting yang diberikan oleh para pensyarah dan tidak akan dapat mengetahui sebarang pengumuman kerana gagal untuk membuka perkhidmatan itu.SPIN dianggap sebagai nadi para pelajar di universiti terutama di Universiti Kebangsaan Malaysia kerana menjadi sumber rujukan pertama kepada pelajar.
Ini tugasan minggu ketiga yang sudah siap..
Internet and Computer Security ( Virus, Spam, Phishing ) & Operating System
Apa itu Virus Komputer?
Virus komputer adalah sebuah program komputer yang berpotensi merosakkan & mampu menyalinkan dirinya sendiri serta boleh menyebabkan kerugian besar bagi fail atau program lain tanpa kebenaran atau pengetahuan pengguna.
Jenis-jenis virus komputer :
Terdapat pelbagai jenis virus komputer yang telah dikenal pasti,antaranya adalah sebagai mana berikut :
1) Virus Boot Sektor :Menginfeksi baik master boot record dari hard disk atau floppy drive. Boot record, program yang bertanggung jawab untuk booting sistem operasi, digantikan oleh virus. Virus itu sama ada menyalin program master boot ke bahagian lain dari hard disk atau menggantikannya dengan yang baru. Mereka menjangkiti komputer ketika boot up atau ketika mengakses floppy disk yang dijangkiti di floppy drive. Sekali sebuah sistem yang dijangkiti dengan virus boot sektor, setiap cakera yang tidak dilindungi oleh sistem non-write-protect akan dapat dicapai oleh sistem ini dan akan dijangkiti.
Contoh virus boot: Sektor Michelangelo dan Stoned.
2) Fail atau Program Virus : Beberapa fail atau program, ketika dijalankan, memuat naik virus dalam memori dan menjalankan fungsi standard untuk menjangkiti sistem. Mereka menginfeksi file program dengan sambungan seperti EXE, .. COM,. BIN,. DRV dan. SYS.
Contoh: Beberapa virus fail yang umum adalah Week, Cascade.
3) Multipartite Virus: Adalah sebuah virus komputer yang menjangkiti beberapa platform target yang berbeza, dan tetap secara rekursif infektif dalam target masing-masing. Ia cuba untuk menyerang baik boot sector dan executable, atau program, dalam masa yang sama. Ketika virus melekat pada sektor boot, pada gilirannya akan mempengaruhi fail sistem, dan ketika virus melekat pada fail, maka pada gilirannya akan menjangkiti boot sektor.
Virus jenis ini dapat kembali menjangkiti sistem berulang lagi jika semua bahagian dari virus tidak dibasmi.
Contoh: Ghostball adalah virus multipartite pertama, ditemui oleh Fridrik Skulason pada bulan Oktober 1989 dan Invader
Contoh lain adalah Invader dan Flip.
4) Stealth Virus: Virus ini diam-diam di dalam komputer, bererti ia menggunakan pelbagai kaedah untuk menyembunyikan diri untuk mengelakkan daripada di kesan. Ia kadang-kadang mengeluarkan diri dari memori sementara untuk mengelakkan pengesanan oleh antivirus. Ia agak sukar untuk dikesan. Ketika sebuah program antivirus cuba untuk mengesan virus, stealth virus memberi 'feed' kepada program antivirus gambaran yang bersih dari sektor fail atau boot.
5) Polymorphic Virus : Mempunyai kemampuan untuk bermutasi, membayangkan bahawa mereka mengubah kod virus yang dikenali sebagai tanda tangan setiap kali mereka menyebar atau menulari. Jadi program antivirus yang mengimbas kod virus tertentu tidak dapat mengesan kehadiran virus itu.
6) Macro Virus: Adalah sebuah virus komputer yang "menjangkiti" Microsoft Word atau aplikasi yang serupa dan menyebabkan urutan tindakan yang harus dilakukan menjadi automatik ketika aplikasi dijalankan atau sesuatu perbuatan yang lain yang mencetuskan aplikasi itu 'terkeluar'. Virus makro sering menyebar sebagai virus e-mel.
Contoh terkenal adalah Virus Concept dan Worm Melissa.
Maklumat dari agen pencarian yang lain:
Virus komputer adalah nama yang diambil dari virus biologi, merupakan program komputer yang berupaya menyalin dirinya sendiri dan menjangkiti komputer tanpa kebenaran ataupun pengetahuan pengguna. Walaubagaimanapun perkataan ‘virus’ biasanya digunakan bagi merujuk kepada pelbagai jenis perisian perosak yang berlainan. Virus yang asal mungkin mengubah suai salinannya atau salinan itu sendiri yang mengubah suai dirinya, seperti dalam virus metamorf. Virus hanya boleh tersebar apabila hosnya sampai ke komputer lain, contohnya melalui rangkaian atau perantara mudah alih seperti cakera liut, cakera padat atau pemacu kilat USB. Selain itu, virus juga boleh merebak dengan menjangkiti fail pada sistem fail rangkaian atau mana-mana sistem fail yang dicapai komputer lain.
Sesetengah virus direka untuk menjejaskan komputer dengan merosakkan atur cara, menghapuskan fail, atau memformat semula cakera keras, manakala virus-virus yang lain direka bukan untuk merosakkan apa-apa, tetapi hanya untuk menyalin diri dan mungkin untuk menonjolkan kewujudannya melalui pemaparan teks, video, atau pesanan audio. Walaupun virus yang kedua ini tidak berbahaya, ia juga boleh menimbulkan masalah kepada pengguna komputer kerana ia menelan ingatan komputer yang digunakan oleh atur cara yang sah. Oleh yang demikian, ia selalunya mengakibatkan tindakan yang tidak menentu dan boleh mengakibatkan kerosakan sistem. Selain itu, banyak virus juga mengandungi pepijat yang boleh mengakibatkan kerosakan sistem dan kehilangan data.
Virus komputer kekadangnya dikelirukan dengan cecacing komputer dan kuda Trojan. Kedua-dua ini berbeza dari segi, cecacing boleh merebak ke komputer yang lain tanpa memerlukannya dipindahkan sebagai sebahagian fail perumah, manakala kuda Trojan adalah fail yang kelihatan tidak berbahaya sehingga dilaksanakan. Berbeza dengan virus, kuda Trojan juga tidak memasukkan kodnya ke dalam fail-fail komputer yang lain.
Banyak komputer peribadi kini dihubungkan dengan internet serta rangkaian kawasan setempat dan dengan itu ia memudahkan perebakan virus. Ia mengambil kesempatan yang diberikan oleh perkhidmatan rangkaian seperti sistem-sistem Jaringan Sejagat, e-mel, dan pengongsian fail untuk merebak dan dengan itu, mengaburi perbezaan antara virus dengan cecacing komputer. Tambahan pula, sesetengah sumber menggunakan istilah alternatif yang mentakrifkan virus sebagai mana-mana bentuk perisian jahat penyalinan diri.
Langkah-langkah Pencegahan Virus:
Mencegah lebih baik daripada mengubati. Amalan ini haruslah menjadi keutamaan pengguna komputer. Antara langkah-langkah awal ialah ;
1. Jangan menggunakan disket atau sebarang storan yang tidak diketahui puncanya.Disket yang tidak diketahui tersebut mungkin telah tercemar dengan virus. Amalan write-protect disket hendaklah dilakukan selalu bagi mempastikan virus tidak dapat menulis dirinya kedalam disket tersebut.
2. Jangan sesekali menggunakan perisian cetak rompak (pirated copy)
Perisian cetak rompak lazimnya ialah perangkap penulis virus. Perisian sebenar yang telah dimodifikasi dengan memasukkan virus ini lazimnya dijual dengan harga yang amat murah.
3. Jangan membuka emel yang mempunyai attachment
Teknologi internet telah dipergunakan sepenuhnya oleh penulis virus. Virus kini mampu disebarkan melalui pembacaan emel yang telah tercemar. Kebanyakan emel ini akan mengandungi fail attachment. Kadang-kala ia tetap mengandungi virus walaupun dihantar oleh orang yang anda kenali.
Pastikan anda menelefon kenalan anda, bagi memastikan adakah beliau benar-benar telah menghantar emel yang mengandungi fail attachment kepada anda.
Antara virus yang menggunakan teknologi ini ialah ;
Anna Kournikova, Sircam, Code Red, Nimda dan ILoveYou.
4. Gunakan Perisian Anti-Virus.
Perisian anti-virus ialah perisian utiliti untuk mengesan dan memusnahkan virus. Terdapat perisian ini yang boleh didapati secara percuma di Internet antaranya ;
a. AVG Anti-virus
b. Free Anti-Virus
c. Innoculate IT (terdapat untuk OS windows95 keatas dan juga Palm OS)
Manakala anti-virus yang dijual dipasaran ialah ;
a. Mc Afee Anti-Virus
b. Norton Anti-Virus
c. Pc-Cillin
d. Armour Anti Virus
e. VBuster
f. Virus Rx (untuk komputer Apple)
Kebanyakan perisian anti-virus ini boleh di upgrade bagi mempastikan ia mengandungi pangkalan data anti-virus terkini. Ia juga kadangkala menawarkan bantuan segera kepada pengguna berdaftar.
VBuster umpamanya adalah perisian anti-virus yang amat terkenal malah ia digunakan oleh NASA. Ia dicipta oleh Dr. Looi Hong Thong yang berasal dari Pulau Pinang, Malaysia.
Mengenali tanda-tanda komputer anda diserang virus
Lazimnya virus komputer hanya boleh dikesan oleh anti-virus, namun begitu jika komputer anda mengalami sintom-sintom berikut, adalah besar kemungkinan komputer anda telah diserang virus.
Disket
1. Terdapat bad sector pada disket
2. Fail di dalam disket tiba-tiba sahaja tidak boleh digunakan.
3. Terdapat mesej di dalam directory disket anda.
4. Volume label telah berubah
5. Jumlah saiz fail berubah sedangkan anda tidak menggunakan fail tersebut.
HardDisk
1. Harddisk mengambil masa yang lama untuk boot.
2. Terdapat fail yang tiba-tiba sahaja tidak boleh digunakan
3. Terdapat bad sector
4. Terdapat directory atau fail baru yang dicipta tanpa pengetahuan anda.
5. Jumlah saiz fail berubah.
Komputer
1. Terdapat mesej yang dipaparkan pada skrin
2. Speaker memainkan muzik yang anda tidak tahu puncanya
3. Terdapat perkara pelik seperti fail tidak boleh di save , huruf pada skrin jatuh, terdapat bola pingpong melantun pada skrin, pencetak mencetak mesej yang tidak diketahui dan sebagainya.
4. Pertambahan macro pada fail-fail word, excel dan sebagainya tanpa pengetahuan anda.
Apakah yang dimaksudkan dengan spam?
Spam adalah pesanan apa saja yang dikirim ke semua penerima yang tidak secara khusus memintanya. Dengan kata lain, spam sebagian besar merupakan sampah.
Spammer umumnya membeli atau mengumpulkan daftar alamat email. Mereka mengirim surat dari berbagai alamat ke seluruh area Web. Pesan-pesan ini cenderung "dipalsukan," untuk menyembunyikan siapa yang sebenarnya mengirimkannya.
Spam, Kenapa masih berlaku?
Spam merupakan satu teknik pemasaran dimana mereka menghantar email bagi tujuan mempromosi produk mereka. Mereka menghantar email tentang apa yang tidak ingin anda tahu. Ia merupakan satu teknik pemasaran yang salah. Kenapa ia masih berlaku?
Menghantar email sebegini sebenarnya akan memburukkan prestasi dan nama baik perniagaan. Namun masih ada dikalangan usahawan yang mengunakan teknik ini iaitu dengan melakukan spam ke email usahawan lain. Jika anda ingin menjaga nama baik perniagaan anda,hindari cara pemasaran sebegini. Ini adalah kerana ia akan merosakkan imej anda di mata orang yang di spam oleh anda. Ini adalah kerana anda terlalu terdesak untuk menjual barangan anda. Jangan tunjukkan anda terdesak.
Orang tidak akan mempercayai jika anda terlalu mendesak orang. Gunakan pemasaran yang berhemah. Biarkan bakal pembeli anda yang mendesak anda menjual produk tersebut. Gunakan emosi dalam menarik minat pembeli.Anda boleh jadikan mereka sebagai desperate buyer yang teruja untuk membeli barangan anda. Anda tidak perlu untuk spam orang semata mata untuk mempromosi barangan anda. Jangan jadi desperate seller.Anda masih boleh berjaya tanpa SPAM. Jadikan anti-spam perinsip anda.
Apakah yang dimaksudkan dengan phishing?
Phishing ialah salah satu jenis penipuan internet yang cuba mendapatkan maklumat sensetif servers seperti ID pengguna, kata laluan dan butiran kad kredit dengan menyamar sebagai entiti boleh dipercayai dalam komunikasi elektronik seperti dari perbankan atas talian, laman web lelong, dan laman sosial.
Cara Mencegah Phishing..
Untuk mengatasi phishing sebenarnya sangat mudah dan murah, ia dapat dilakukan dengan memasukkan beberapa aplikasi hebat yang disediakan oleh pencegahan.Berikut merupakan beberapa aplikasi untuk mencegah terjadinya aktiviti phishing Internet Explorer 8.
= Free Avira,Spybot Search & Destroy,McAfee SiteAdvisor,Lavasoft Adaware 2009,
Apa yang dimaksud dengan Sistem Operasi
Sistem operasi merupakan penghubung antara pengguna komputer dengan perangkat keras komputer. Sebelum wujudnya sistem operasi, orang hanya menggunakan komputer dengan menggunakan signal analog dan signal digital. Seiring dengan perkembangannya pengetahuan dan teknologi, pada saat ini terdapat pelbagai sistem operasi dengan kehebatan masing-masing.Sistem operasi adalah sistem yang mengatur kerja seluruh perangkat komputer sehingga dapat bekerja dengan baik,sekaligus sebagai penghubung antara sistem komputer dengan pengguna