Tuesday, 29 November 2011

Minggu Kesembilan dan Kesepuluh

Assalamualaikum...
Minggu ini sudah masuk ke minggu sembilan. Pada minggu ini kami masih diberi kelonggaran untuk menyiapkan kerja yang masih belum disiapkan. kerja yang dimaksudkan ialah memasukkan data ke dalam SPSS untuk menyiapkan tugasan jurnal yang berkaitan dengan tugasan kami sebelum ini. Jurnal yang dibuat perlu memenuhi kriteria seperti abstrak, pengenalan, dapatan kajian, dan lain-lainyang biasa terdapat untuk menyiapakan laporan.
Pada minggu kesepuluh pula, Selepas menyiapkan jurnal di dalam open offiice, kami perlu menyiapkan brochure di dalam publisher dan kemudian menyiapkan booklet di dalam microsoft word. Di samping itu,
 Dr. menerangkan kepada kami tentang cara penggunaan di dalam paint,dengan open office draw..


di atas adalah penggunaan melalui paint,


dan di atas ini pula adalah drawing iaitu daripada open office, terdapat pelbagai dan cara penggunaannya.

        Dr. juga menyuruh kami untuk mencari maklumat berkaiatan dengan bitmap dan vektor..
Apa yang saya berkaitan bitmap adalah apabila gambar itu dibesarkan kepada skala yang lebih besar gambar tersebut akan pecah atau menjadi kelihatan tidak jelas. Contoh :


Berlainan pula dengan vektor, gambar akan kelihatan tetap sama walaupun gambar dibesarkan. Contoh :


Perbezaan antara vektor dan bitmap. Contohnya :


Selain daripada itu juga Dr. juga menjelaskan berkaitan GIMP, ia adalah suatu program yang dapat mengedit gambar. Cara ini adalah sama seperti photoshop atau photoscape, tetapi GIMP ini lebih istimewa kerana banyak lagi fungsi yang tidak terdapat di dalam program lain.

Dr. juga menyuruh kami untuk mencariperbezaan antara RGB dan CYMK, baru saya tahu rupanya ia adalah berkaitan warna. Ini adalah warna yang terdapat di dalam CYMK :







dan ini pula adalah berkaitan dengan warna yang terdapat di dalam RGB :







Ini pula perbazaan antara RGB dengan CYMK :






Apa yang dapat saya simpulkan di sini adalah perbezaan warna, warna dari RGB adalah lebih menyerlah berbanding daripada warna CYMK. RGB terdiridaripada warna yang lebih terang manakala CYMK adalah sebaliknya.Kedua-dua ini berbeza dari penggunaan warna asas.
Tugasan ini sebenarnya adalah untuk memberikan idea untuk membuat brochure dan booklet, ianya mengikut daya kreativiti individu masing-masing.

Tuesday, 15 November 2011

Minggu Ketujuh dan kelapan

Salam..
pada minggu ketujuh ini..masih terdapat ramai pelajar yang masih belum menyiapkan soalan kaji selidik ini. Bagi mereka yang telah menyiapkannya mereka perlu memuat turun program SSPS untuk melengkapkan data bagi memudahkan pelajar untuk mengira jumlah data..



bahagian bawah..pelajar mengisi maklumat di dalam variable view dahulu kemudian baru di data view.







jurnal yang saya telah siapkan juga ada pautannya.
(artikel atau jurnal berkaitan dengan sistem keselamatan internet dan komputer (virus, phishing, spam,) dan sistem operasi)
ini adalah hasil daripada mini research yang telah kami lakukan berkaitan dengan tajuk yang kami lakukan.

Thursday, 27 October 2011

Minggu Keenam

Assalamualaikum..
tugasan yang seterusnya yang ditugaskan adalah untuk membina soalan dan berbincang bagaimana cara untuk merangka dan membina 10 soalan.Satu daripadanya adalah soalan yang dibuat di dalam survey monkey, dan satu lagi adalah daripada google doc.10 soalan itu perlu dibincang kerana tidak mahu berlaku pertindihan soalan dengan kumpulan lain. Soalan yang dibuat adalah bertujuan untuk membuat 'mini research'.dan untuk mendapatkan 'feedback' daripada rakan sekelas yang lain.

Sebelum membuat soalan,kita mesti mendaftar dahulu,iaitu membuat akaun..


isi maklumat yang diperlukan...

mulakan untuk membuat soalan survey..

contoh soalan yang dibincangkan..dan diedarkan kepada rakan lain dan seterusnya menjawab soalan..
Seterusnya soalan daripada google.doc..
masuk di laman web gmail kemudian pilih dokumen, create,ambil form dan kemudian boleh mebina soalan disitu..




dan ini adalah setelah soalan telah disiapkan dan sedia untuk dijawab..


 Kemahiran ini adalah bertujuan untuk saya dan rakan-rakan lain menjelajah lebih jauh ke alam siber. Saya akui banyak yang telah saya pelajari apabila saya memasuki pembelajaran komputer dalam pendidikan ini.

Friday, 14 October 2011

Minggu Kelima

Salam....
Alhamdulillah..setelah selesai tugasan yang diberikan pada minggu ketiga dan keempat.Kami, iaitu saya dan pasangan kerja saya Siti Hajar Binti Abdul Talib mendapat tugasan yang baru dan insyaAllah saya akan cuba untuk membuat sebaik mungkin..Tugasan yang terbaru ini adalah sambungan dari tugasan sebelum ini,ianya berkaitan pencarian 2 artikel daripada UKM dalam pencarian database dan 1 pencarian artikel dalam google scholar. Kami berdua tidak berkomunikasi dan berbincang di  dalam facebook tetapi sentiasa berjumpa untuk berbincang kerana kami tinggal di satu kolej yang sama dan jarak yang dekat. Ini adalah cara atau kaedah yang dubuat oleh saya untuk mendapatkan maklumat...



memasuki portal dan laman web gemilang ukm dan memilih e-jurnal.

kemudian memasukkan data untuk masuk ke dalam gemilang mencari bahan yang berkaitan dengan tugasan.

pilih computer / engineering..

kemudian..

kemudian pergi ke link..

selesai pencarian untuk artikel pertama dan pencarian artikel kedua adalah sama kaedahnya dengan pencarian pertama.Artikel kedua saya pula berkaitan dengan computer dan internet.
Sekarang tinggal menyiapkan laporan berkaitan tugasan yang diberikan.


Friday, 7 October 2011

Minggu Keempat

Salam..
Sepatutnya saya membuat coretan ini pada hari semalam iaitu pada 06/10/2011. Tapi apakan daya masih banyak kesalahan yang saya lakukan dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Dr.

Pada minggu ketiga, kami semua dimarahi oleh Dr. atas kesilapan yang dilakukan oleh kami sendiri. Antaranya masih ada pelajar yang belum menghantar maklumat-maklumat seperti alamat email. Dan pada sesiapa yang telah menghantarnya perlu menghantarnya kembali kerana masih belum mengikuti proforma yang diberikan.

Ada pelajar yang masih belum mencetak  tentang kos proforma. Dr. menyuruh mereka keluar dan mencetaknya dengan segera.

Saya telah memasukkan nama dan maklumat-maklumat email saya di dalam database yahoogroups pada minggu kedua lagi. Tapi ada ramai juga yang masih belum melakukan sedemikian.

Saya juga telah menghantar kembali pembetulan maklumat diri yang dikatakan oleh Dr. masih lagi salah, saya menghantar begini,

Saya berharap maklumat ini akan diterima oleh Dr.
Dr. juga menegaskan supaya pelajar menyiapkan tugasan dengan segera.


Tugasan C/LMS ( Learning Management System)

 APAKAH  YANG DIMAKSUDKAN DENGAN  C/LMS?
C/LMS adalah satu sistem pembelajaran yang dapat diaplikasikan oleh semua pelajar. C/LMS adalah kemudahan yang disediakan secara maya yang dapat memudahkan sesuatu maklumat diperolehi oleh para pelajar. Selain itu juga, para pelajar dapat berkongsi maklumat dan dapat memuat turun segala nota kuliah yang diberikan oleh pensyarah, begitu juga dapat mengetahui pengumuman penting, kuiz dan lain-lain di dalamnya. Sebagai contoh, penggunaan SPIN yang dipraktikan di UKM, Bangi.

SIAPAKAH YANG MENGGUNAKAN C/LMS?
C/LMS ini kebiasaannya digunakan oleh para pendidik dan pensyarah untuk menyampaikan maklumat kepada para pelajar . Para pelajar di mana-mana institusi seperti pengajian tinggi juga turut menggunakannya untuk mendapatkan maklumat sebagaimana contoh di laman web SPIN Bangi. Pelajar hanya perlu menggunakan no pengenalan dan kata laluan mereka. Ini penting untuk mengelakkan orang lain menceroboh dan  meminda sesuatu yang tidak sepatutunya seperti mengubah pendaftaran subjek dan sebagainya. Ini semua penting kerana kaedah pembelajaran di institusi pengajian tinggi pada masa kini berpusatkan pelajar bukan berpusatkan guru atau pensyarah semata.

DIMANAKAH C/LMS BIASANYA DIGUNAKAN?
C/LMS ini adalah sesuatu yang baharu di dalam teknologi yang dipraktikan di dalam kehidupan para pelajar  universiti. Kemudahan C/LMS ini biasanya digunakan oleh sekolah-sekolah kerajaan, sekolah- sekolah persendirian, institusi pengajian tinggi swasta dan institusi pengajian tinggi awam. Sistem ini digunakan sepanjang tempoh sesi pembelajaran.

KENAPA C/LMS DIGUNAKAN?
Dengan adanya C/LMS ia dapat memudahkan segala urusan terutamanya bagi golongan pendidik dan pensyarah dalam melaksanakan tugasan. Bagi golongan pendidik, mereka dapat mencari dan mengkaji segala maklumat yang dapat diperolehi melalui laman web. Selain itu, C/LMS ini juga memudahkan segala urusan pembelajaran. Oleh itu, para pelajar tidak akan ketinggalan dalm proses pembelajaran. C/LMS juga membantu para pelajar dan pensyarah untuk berkongsi  maklumat dan idea dalam melaksankan setiap tugasan.

BAGAIMANAKAH C/LMS INI DIGUNAKAN?
C/LMS dapat digunakan sekiranya setiap pelajar mempunyai kata laluan masing-masing. Contohnya, setiap pelajar di Universiti Kebangasaan Malaysia cawangan Bangi, menggunakan perkhimadan SMP web dan SPIN. Untuk menggunakannya para pelajar perlu memasukkan nombor pengenalan diri seperti no matrik dan kata laluan yang diperolehi daripada e-mel melalui perkhidmatan tersebut. SMP web memudahkan para pelajar untuk mengetahui pelbagai info seperti  maklumat peribadi pelajar, pendaftaran kursus, dan lain-lain. Selain itu, para pelajar juga dapat menyemak segala makluamt mengenai  pendaftaran pelajar, maklumat peperiksaan dan sebagainya. Selain itu, pelajar juga dapat membuat sebarang aduan  menggunakan laman SMP web ini. Contoh yang kedua ialah SPIN Bangi, melalui laman web ini para pelajar boleh mendapatkan maklumat penting daripada pensyarah, nota

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN C/LMS.
Kelebihan
= Memudahkan tenaga pengajar seperti pensyarah atau pendidik menyampaikan pelbagai maklumat penting kepada para pelajar.
= Maklumat dapat disampaikan dengan cepat dan mudah.
= Memberi kemahiran baru kepada pelajar dalam mendapatkan maklumat menggunakan teknologi yang terkini.
= Nota-nota kuliah atau toturial dapat di muat turunkan dengan mudah dan tidak membebankan pensyarah juga pelajar.
= Memudahkan pensyarah melakukan pemantauan terhadap pelajar.
= Tidak perlu beratur panjang atau menuggu lama untuk sesuatu pendaftaran subjek.
Kelemahan
= Jika berlaku sesuatu pada program atau pangkalan data di dalam SPIN atau SMP web ia akan menjejaskan kesemua data .
= Apabila ini berlaku ia akan menjejaskan maklumat untuk sampai kepada para pelajar,SPIN tidak dapat dibuka.
= Para pelajar tidak dapat mengambil nota kuliah atau apa-apa yang penting yang diberikan oleh para pensyarah dan tidak akan dapat mengetahui sebarang pengumuman kerana gagal untuk membuka perkhidmatan itu.SPIN dianggap sebagai nadi para pelajar di universiti terutama di Universiti Kebangsaan Malaysia kerana menjadi sumber  rujukan pertama kepada pelajar.
 Senarai sumber maklumat yang diperolehi berdasarkan C/LMS:
https://smp.ukm.my/smpweb/
http://www.spin.ukm.my/
http://external.ak.fbcdn.net/safe_image.php?d=AQB6EvK3_PhA07jB&w=90&h=90&url=http%3A%2F%2Fsmp.ukm.my%2Fsmpweb%2Fimages%2Fm_05.gif
smp.ukm.my
Ini tugasan minggu ketiga yang sudah siap..

Internet and Computer Security ( Virus, Spam, Phishing ) & Operating System

Apa itu Virus Komputer?

Virus komputer adalah sebuah program komputer yang berpotensi merosakkan & mampu menyalinkan dirinya sendiri serta boleh menyebabkan kerugian besar bagi fail atau program lain tanpa kebenaran atau pengetahuan pengguna.
Jenis-jenis virus komputer :
Terdapat pelbagai jenis virus komputer yang telah dikenal pasti,antaranya adalah sebagai mana berikut :

1) Virus Boot Sektor :Menginfeksi baik master boot record dari hard disk atau floppy drive. Boot record, program yang bertanggung jawab untuk booting sistem operasi, digantikan oleh virus. Virus itu sama ada menyalin program master boot ke bahagian lain dari hard disk atau menggantikannya dengan yang baru. Mereka menjangkiti komputer ketika boot up atau ketika mengakses floppy disk yang dijangkiti di floppy drive. Sekali sebuah sistem yang dijangkiti dengan virus boot sektor, setiap cakera yang tidak dilindungi oleh sistem non-write-protect akan dapat dicapai oleh sistem ini dan akan dijangkiti. 
Contoh virus boot: Sektor Michelangelo dan Stoned. 

2) Fail atau Program Virus : Beberapa fail atau program, ketika dijalankan, memuat naik virus dalam memori dan menjalankan fungsi standard untuk menjangkiti sistem. Mereka menginfeksi file program dengan sambungan seperti EXE, .. COM,. BIN,. DRV dan. SYS. 
Contoh: Beberapa virus fail yang umum adalah Week, Cascade. 

3) Multipartite Virus: Adalah sebuah virus komputer yang menjangkiti beberapa platform target yang berbeza, dan tetap secara rekursif infektif dalam target masing-masing. Ia cuba untuk menyerang baik boot sector dan executable, atau program, dalam masa yang sama. Ketika virus melekat pada sektor boot, pada gilirannya akan mempengaruhi fail sistem, dan ketika virus melekat pada fail, maka pada gilirannya akan menjangkiti boot sektor. 
Virus jenis ini dapat kembali menjangkiti sistem berulang lagi jika semua bahagian dari virus tidak dibasmi. 
Contoh: Ghostball adalah virus multipartite pertama, ditemui oleh Fridrik Skulason pada bulan Oktober 1989 dan Invader 
Contoh lain adalah Invader dan Flip.

4) Stealth Virus: Virus ini diam-diam di dalam komputer, bererti ia menggunakan pelbagai kaedah untuk menyembunyikan diri untuk mengelakkan daripada di kesan. Ia kadang-kadang mengeluarkan diri dari memori sementara untuk mengelakkan pengesanan oleh antivirus. Ia agak sukar untuk dikesan. Ketika sebuah program antivirus cuba untuk mengesan virus, stealth virus memberi 'feed' kepada program antivirus gambaran yang bersih dari sektor fail atau boot. 

5) Polymorphic Virus : Mempunyai kemampuan untuk bermutasi, membayangkan bahawa mereka mengubah kod virus yang dikenali sebagai tanda tangan setiap kali mereka menyebar atau menulari. Jadi program antivirus yang mengimbas kod virus tertentu tidak dapat mengesan kehadiran virus itu.

6) Macro Virus: Adalah sebuah virus komputer yang "menjangkiti" Microsoft Word atau aplikasi yang serupa dan menyebabkan urutan tindakan yang harus dilakukan menjadi automatik ketika aplikasi dijalankan atau sesuatu perbuatan yang lain yang mencetuskan aplikasi itu 'terkeluar'. Virus makro sering menyebar sebagai virus e-mel.
Contoh terkenal adalah Virus Concept dan Worm Melissa.

Maklumat dari agen pencarian yang lain:
Virus komputer adalah nama yang diambil dari virus biologi, merupakan program komputer yang berupaya menyalin dirinya sendiri dan menjangkiti komputer tanpa kebenaran ataupun pengetahuan pengguna. Walaubagaimanapun perkataan ‘virus’ biasanya digunakan bagi merujuk kepada pelbagai jenis perisian perosak yang berlainan. Virus yang asal mungkin mengubah suai salinannya atau salinan itu sendiri yang mengubah suai dirinya, seperti dalam virus metamorf. Virus hanya boleh tersebar apabila hosnya sampai ke komputer lain, contohnya melalui rangkaian atau perantara mudah alih seperti cakera liut, cakera padat atau pemacu kilat USB. Selain itu, virus juga boleh merebak dengan menjangkiti fail pada sistem fail rangkaian atau mana-mana sistem fail yang dicapai komputer lain.

Sesetengah virus direka untuk menjejaskan komputer dengan merosakkan atur cara, menghapuskan fail, atau memformat semula cakera keras, manakala virus-virus yang lain direka bukan untuk merosakkan apa-apa, tetapi hanya untuk menyalin diri dan mungkin untuk menonjolkan kewujudannya melalui pemaparan teks, video, atau pesanan audio. Walaupun virus yang kedua ini tidak berbahaya, ia juga boleh menimbulkan masalah kepada pengguna komputer kerana ia menelan ingatan komputer yang digunakan oleh atur cara yang sah. Oleh yang demikian, ia selalunya mengakibatkan tindakan yang tidak menentu dan boleh mengakibatkan kerosakan sistem. Selain itu, banyak virus juga mengandungi pepijat yang boleh mengakibatkan kerosakan sistem dan kehilangan data.
Virus komputer kekadangnya dikelirukan dengan cecacing komputer dan kuda Trojan. Kedua-dua ini berbeza dari segi, cecacing boleh merebak ke komputer yang lain tanpa memerlukannya dipindahkan sebagai sebahagian fail perumah, manakala kuda Trojan adalah fail yang kelihatan tidak berbahaya sehingga dilaksanakan. Berbeza dengan virus, kuda Trojan juga tidak memasukkan kodnya ke dalam fail-fail komputer yang lain.
Banyak komputer peribadi kini dihubungkan dengan internet serta rangkaian kawasan setempat dan dengan itu ia memudahkan perebakan virus. Ia mengambil kesempatan yang diberikan oleh perkhidmatan rangkaian seperti sistem-sistem Jaringan Sejagat, e-mel, dan pengongsian fail untuk merebak dan dengan itu, mengaburi perbezaan antara virus dengan cecacing komputer. Tambahan pula, sesetengah sumber menggunakan istilah alternatif yang mentakrifkan virus sebagai mana-mana bentuk perisian jahat penyalinan diri.




Langkah-langkah Pencegahan Virus:
Mencegah lebih baik daripada mengubati. Amalan ini haruslah menjadi keutamaan pengguna komputer. Antara langkah-langkah awal ialah ; 

1. Jangan menggunakan disket atau sebarang storan yang tidak diketahui puncanya.Disket yang tidak diketahui tersebut mungkin telah tercemar dengan virus. Amalan write-protect disket hendaklah dilakukan selalu bagi mempastikan virus tidak dapat menulis dirinya kedalam disket tersebut. 

2. Jangan sesekali menggunakan perisian cetak rompak (pirated copy) 
Perisian cetak rompak lazimnya ialah perangkap penulis virus. Perisian sebenar yang telah dimodifikasi dengan memasukkan virus ini lazimnya dijual dengan harga yang amat murah. 

3. Jangan membuka emel yang mempunyai attachment 
Teknologi internet telah dipergunakan sepenuhnya oleh penulis virus. Virus kini mampu disebarkan melalui pembacaan emel yang telah tercemar. Kebanyakan emel ini akan mengandungi fail attachment. Kadang-kala ia tetap mengandungi virus walaupun dihantar oleh orang yang anda kenali. 
Pastikan anda menelefon kenalan anda, bagi memastikan adakah beliau benar-benar telah menghantar emel yang mengandungi fail attachment kepada anda. 
Antara virus yang menggunakan teknologi ini ialah ; 
Anna Kournikova, Sircam, Code Red, Nimda dan ILoveYou. 

4. Gunakan Perisian Anti-Virus. 
Perisian anti-virus ialah perisian utiliti untuk mengesan dan memusnahkan virus. Terdapat perisian ini yang boleh didapati secara percuma di Internet antaranya ; 

a. AVG Anti-virus 
b. Free Anti-Virus 
c. Innoculate IT (terdapat untuk OS windows95 keatas dan juga Palm OS) 

Manakala anti-virus yang dijual dipasaran ialah ; 
a. Mc Afee Anti-Virus 
b. Norton Anti-Virus 
c. Pc-Cillin 

d. Armour Anti Virus 
e. VBuster 
f. Virus Rx (untuk komputer Apple) 

Kebanyakan perisian anti-virus ini boleh di upgrade bagi mempastikan ia mengandungi pangkalan data anti-virus terkini. Ia juga kadangkala menawarkan bantuan segera kepada pengguna berdaftar. 

VBuster umpamanya adalah perisian anti-virus yang amat terkenal malah ia digunakan oleh NASA. Ia dicipta oleh Dr. Looi Hong Thong yang berasal dari Pulau Pinang, Malaysia. 


Mengenali tanda-tanda komputer anda diserang virus 
Lazimnya virus komputer hanya boleh dikesan oleh anti-virus, namun begitu jika komputer anda mengalami sintom-sintom berikut, adalah besar kemungkinan komputer anda telah diserang virus. 

Disket 

1. Terdapat bad sector pada disket 
2. Fail di dalam disket tiba-tiba sahaja tidak boleh digunakan. 
3. Terdapat mesej di dalam directory disket anda. 
4. Volume label telah berubah 
5. Jumlah saiz fail berubah sedangkan anda tidak menggunakan fail tersebut. 

HardDisk 

1. Harddisk mengambil masa yang lama untuk boot. 
2. Terdapat fail yang tiba-tiba sahaja tidak boleh digunakan 
3. Terdapat bad sector 
4. Terdapat directory atau fail baru yang dicipta tanpa pengetahuan anda. 
5. Jumlah saiz fail berubah. 

Komputer 

1. Terdapat mesej yang dipaparkan pada skrin 
2. Speaker memainkan muzik yang anda tidak tahu puncanya 
3. Terdapat perkara pelik seperti fail tidak boleh di save , huruf pada skrin jatuh, terdapat bola pingpong melantun pada skrin, pencetak mencetak mesej yang tidak diketahui dan sebagainya. 
4. Pertambahan macro pada fail-fail word, excel dan sebagainya tanpa pengetahuan anda.


Apakah yang dimaksudkan dengan spam?

Spam adalah pesanan apa saja yang dikirim ke semua penerima yang tidak secara khusus memintanya. Dengan kata lain, spam sebagian besar merupakan sampah.
Spammer umumnya membeli atau mengumpulkan daftar alamat email. Mereka mengirim surat dari berbagai alamat ke seluruh area Web. Pesan-pesan ini cenderung "dipalsukan," untuk menyembunyikan siapa yang sebenarnya mengirimkannya.

Spam, Kenapa masih berlaku?
Spam merupakan satu teknik pemasaran dimana mereka menghantar email bagi tujuan mempromosi produk mereka. Mereka menghantar email tentang apa yang tidak ingin anda tahu. Ia merupakan satu teknik pemasaran yang salah. Kenapa ia masih berlaku?
 Menghantar email sebegini sebenarnya akan memburukkan prestasi dan nama baik perniagaan. Namun masih ada dikalangan usahawan yang mengunakan teknik ini iaitu dengan melakukan spam ke email usahawan lain. Jika anda ingin menjaga nama baik perniagaan anda,hindari cara pemasaran sebegini. Ini adalah kerana ia akan merosakkan imej anda di mata orang yang di spam oleh anda. Ini adalah kerana anda terlalu terdesak untuk menjual barangan anda. Jangan tunjukkan anda terdesak.
Orang tidak akan mempercayai jika anda terlalu mendesak orang. Gunakan pemasaran yang berhemah. Biarkan bakal pembeli anda yang mendesak anda menjual produk tersebut. Gunakan emosi dalam menarik minat pembeli.Anda boleh jadikan mereka sebagai desperate buyer yang teruja untuk membeli barangan anda. Anda tidak perlu untuk spam orang semata mata untuk mempromosi barangan anda. Jangan jadi desperate seller.Anda masih boleh berjaya tanpa SPAM. Jadikan anti-spam perinsip anda.
Apakah yang dimaksudkan dengan phishing?
Phishing  ialah salah satu jenis penipuan internet yang cuba mendapatkan maklumat sensetif servers seperti ID pengguna, kata laluan dan butiran kad kredit dengan menyamar sebagai entiti boleh dipercayai dalam komunikasi elektronik seperti dari perbankan atas talian, laman web lelong, dan laman sosial.
Cara Mencegah Phishing..

Untuk mengatasi phishing sebenarnya sangat mudah dan murah, ia dapat dilakukan dengan memasukkan beberapa aplikasi hebat yang disediakan oleh pencegahan.Berikut merupakan  beberapa aplikasi untuk mencegah terjadinya aktiviti phishing Internet Explorer 8.

= Free Avira,Spybot Search & Destroy,McAfee SiteAdvisor,Lavasoft Adaware 2009,


 Apa yang dimaksud dengan Sistem Operasi

Sistem operasi merupakan penghubung antara pengguna komputer dengan perangkat keras komputer. Sebelum wujudnya sistem operasi, orang hanya menggunakan komputer dengan menggunakan signal analog dan signal digital. Seiring dengan perkembangannya pengetahuan dan teknologi, pada saat ini terdapat pelbagai sistem operasi dengan kehebatan masing-masing.Sistem  operasi adalah sistem yang mengatur kerja seluruh perangkat komputer sehingga dapat bekerja dengan baik,sekaligus sebagai penghubung antara sistem komputer dengan pengguna





Setelah selesai ,maklumat ini akan dimasukkan ke dalam yahoo group iaitu ge1155-2011..ini adalah cara untuk memuat naik maklumat yang telah disiapkan.


masuk ke dalam gmail..
pilih dokumen..dan kemudian create new dan pilih form..


masukkan tajuk dan maklumat kemudian pilih fail..pilih download as dan kemudian ke PDF,


pilih dimana kita menyimpan fail dan upload..


Wednesday, 28 September 2011

Minggu Ketiga

Salam..
Sambungan dari minggu pertama, pada minggu kedua ini pula, saya telah memperbetulkan apa yang seharusnya saya buat. Antaranya menghantarkan email kepada Dr.siti Fatimah dengan menghantar alamat penuh email, facebook, facebook groups, yahoo groups, gmail dan alamat blog menggunakan signature yang terdapat di dalam email. Ianya ada di bahagian compose message dengan menggunakan rich text.Contoh
Noor Asheikin Binti Ja'afar

Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Khas)
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Tel: 0145081624
asheikin_0601@yahoo.com.my
Dr. juga meminta perbezaan antara pengunaan email dan pengunaan secara berkumpula..apa yang dapat saya simpulkan adalah penggunaan berkumpulan adalah semua ahli kumpulan dapat melihat maklumat yang dikongsi manakala penggunaan email adalah untuk tuan punya milik sahaja, kerana email lebih bersikap peribadi.

  Apabila selesai mana yang sepatutnya saya perlu buat saya berasa sedikit lega dan kurang kekusutan yang ada dalam kepala saya ni.selesai membuat blog untuk minggu ni..selepas ini ada satu tugasan yang diberikan dan perlu dilaksanakan sebelum kelas untuk minggu depan iaitu tugasan pertama mencari maklumat berkaitan (CMS/ LMS)..dan mengikut apa yang telah diagihkan oleh Dr. seperti internet and computer security(virus, spam, phishing) itu sahaja untuk minggu ini..wassalam,

Minggu Kedua

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca blog ini..
Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung....terutamanya kepada sesiapa yang sudi membaca blog yang baru pertama kali saya mempelajari untuk membuatnya.

Sebelum saya menceritakan tentang perjalanan blog ini, saya ingin menceritakan tentang  apa yang berlaku di dalam kelas pertama saya iaitu pada 22/09/2011 bersamaan pada hari khamis pada pukul 9.00 pagi sehinggalah pukul 12.00 tengah hari. Sepanjang 3 jam kelas pertama itu, banyak perkara baru yang telah saya pelajari.

Pensyarah yang menjadi tenaga pengajar di dalam kelas atau di dalam kumpulan s1k3 yang terletak di makmal 3 iaitu Dr.Siti Fatimah. Pada mulanya Dr. memperkenalkan dirinya dan menerangkan tentang apa yang terkandung di dalam maklumat pembelajaran mengikut minggu-minggu yang telah ditetapkan.
Pada minggu pertama ini, Dr. telah menugaskan kami untuk membuka akaun di www.yahoo.com. Disamping itu juga, Dr. menugaskan kami untuk membuat kumpulan di dalam yahoo iaitu di dalam yahoogroups, membuka akaun gmail, akaun facebook, facebookgroups dan akhir sekali membuka akaun untuk membuat blog.

Bagi mereka yang telah ada alamat email di yahoo.com mereka hanya perlu membuat yahoogroups sahaja. Akan tetapi alamat email yang digunakan mestilah nama asal dan nama sebenar mereka dan bukan menggunakan nama samaran. Contoh: asheikin_0601@yahoo.com (betul) bukan gurlz atau putricantik@yahoo.com. Mereka yang menggunakan nama samaran perlu mengubah alamat email mereka dan mereka perlu membuka akaun yang baru di dalam yahoo.com. Ini kerana, meletakkan nama samaran adalah melanggar dari segi etika proforma di dalam internet dan sebagai seorang bakal guru, ini tidak seharusnya dilakukan.

Bagi saya tidak ada masalah pasal email kerana saya telah menggunakannya mengikut nama saya sendiri dan diikuti tarikh lahir saya iaitu asheikin_0601@yahoo.com.my. Selepas itu, saya menbuka akaun di yahoogroups dengan mendaftar sebagai a137085s1k3noorasheikin@yahoogroups.com. Pada mulanya saya sedikit terkeliru,maklumlah, saya ni tidaklah mahir dalam penggunaan teknologi ini. Tetapi selepas tunjuk ajar oleh Dr. iaitu panduan yang diberikan dan kawan-kawan yang menolong, ianya banyak menolong saya dalam melakukannya.

Dengan menggunakan link yang diberikan oleh Dr. iaitu ge1155-2011@yahoogroups.com, saya berjaya membukanya dan mendaftar sebagai ahli kumpulan itu dan menjadi sebahagian daripadanya.
Setelah saya berjaya, saya membuka akaun gmail pula dengan alamat noorasheikin@gmail.com di google search. Membuat akaun gmail tidak sesukar mencari yahoogroups. Setelah itu, membuka akaun facebook.
Bagi saya yang telah mempunyai akaun facebook saya telah menukarkan nama dari nur asyiqin kepada Noor Asheikin dan mengaktifkan akaun facebook dengan menyunting di bahagian akaun dan menggunakan username seperti www.facebook.com/noorasheikin.

Saya kemudiannya membuat kumpulan di dalam facebook itu iaitu facebookgroups dengan menggabungkan
nombor matrik, kumpulan dan nama contoh: a137085s1k3noorasheikin dan kemudian menjemput kawan dan Dr.