Wednesday, 28 September 2011

Minggu Ketiga

Salam..
Sambungan dari minggu pertama, pada minggu kedua ini pula, saya telah memperbetulkan apa yang seharusnya saya buat. Antaranya menghantarkan email kepada Dr.siti Fatimah dengan menghantar alamat penuh email, facebook, facebook groups, yahoo groups, gmail dan alamat blog menggunakan signature yang terdapat di dalam email. Ianya ada di bahagian compose message dengan menggunakan rich text.Contoh
Noor Asheikin Binti Ja'afar

Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Khas)
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Tel: 0145081624
asheikin_0601@yahoo.com.my
Dr. juga meminta perbezaan antara pengunaan email dan pengunaan secara berkumpula..apa yang dapat saya simpulkan adalah penggunaan berkumpulan adalah semua ahli kumpulan dapat melihat maklumat yang dikongsi manakala penggunaan email adalah untuk tuan punya milik sahaja, kerana email lebih bersikap peribadi.

  Apabila selesai mana yang sepatutnya saya perlu buat saya berasa sedikit lega dan kurang kekusutan yang ada dalam kepala saya ni.selesai membuat blog untuk minggu ni..selepas ini ada satu tugasan yang diberikan dan perlu dilaksanakan sebelum kelas untuk minggu depan iaitu tugasan pertama mencari maklumat berkaitan (CMS/ LMS)..dan mengikut apa yang telah diagihkan oleh Dr. seperti internet and computer security(virus, spam, phishing) itu sahaja untuk minggu ini..wassalam,

Minggu Kedua

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca blog ini..
Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung....terutamanya kepada sesiapa yang sudi membaca blog yang baru pertama kali saya mempelajari untuk membuatnya.

Sebelum saya menceritakan tentang perjalanan blog ini, saya ingin menceritakan tentang  apa yang berlaku di dalam kelas pertama saya iaitu pada 22/09/2011 bersamaan pada hari khamis pada pukul 9.00 pagi sehinggalah pukul 12.00 tengah hari. Sepanjang 3 jam kelas pertama itu, banyak perkara baru yang telah saya pelajari.

Pensyarah yang menjadi tenaga pengajar di dalam kelas atau di dalam kumpulan s1k3 yang terletak di makmal 3 iaitu Dr.Siti Fatimah. Pada mulanya Dr. memperkenalkan dirinya dan menerangkan tentang apa yang terkandung di dalam maklumat pembelajaran mengikut minggu-minggu yang telah ditetapkan.
Pada minggu pertama ini, Dr. telah menugaskan kami untuk membuka akaun di www.yahoo.com. Disamping itu juga, Dr. menugaskan kami untuk membuat kumpulan di dalam yahoo iaitu di dalam yahoogroups, membuka akaun gmail, akaun facebook, facebookgroups dan akhir sekali membuka akaun untuk membuat blog.

Bagi mereka yang telah ada alamat email di yahoo.com mereka hanya perlu membuat yahoogroups sahaja. Akan tetapi alamat email yang digunakan mestilah nama asal dan nama sebenar mereka dan bukan menggunakan nama samaran. Contoh: asheikin_0601@yahoo.com (betul) bukan gurlz atau putricantik@yahoo.com. Mereka yang menggunakan nama samaran perlu mengubah alamat email mereka dan mereka perlu membuka akaun yang baru di dalam yahoo.com. Ini kerana, meletakkan nama samaran adalah melanggar dari segi etika proforma di dalam internet dan sebagai seorang bakal guru, ini tidak seharusnya dilakukan.

Bagi saya tidak ada masalah pasal email kerana saya telah menggunakannya mengikut nama saya sendiri dan diikuti tarikh lahir saya iaitu asheikin_0601@yahoo.com.my. Selepas itu, saya menbuka akaun di yahoogroups dengan mendaftar sebagai a137085s1k3noorasheikin@yahoogroups.com. Pada mulanya saya sedikit terkeliru,maklumlah, saya ni tidaklah mahir dalam penggunaan teknologi ini. Tetapi selepas tunjuk ajar oleh Dr. iaitu panduan yang diberikan dan kawan-kawan yang menolong, ianya banyak menolong saya dalam melakukannya.

Dengan menggunakan link yang diberikan oleh Dr. iaitu ge1155-2011@yahoogroups.com, saya berjaya membukanya dan mendaftar sebagai ahli kumpulan itu dan menjadi sebahagian daripadanya.
Setelah saya berjaya, saya membuka akaun gmail pula dengan alamat noorasheikin@gmail.com di google search. Membuat akaun gmail tidak sesukar mencari yahoogroups. Setelah itu, membuka akaun facebook.
Bagi saya yang telah mempunyai akaun facebook saya telah menukarkan nama dari nur asyiqin kepada Noor Asheikin dan mengaktifkan akaun facebook dengan menyunting di bahagian akaun dan menggunakan username seperti www.facebook.com/noorasheikin.

Saya kemudiannya membuat kumpulan di dalam facebook itu iaitu facebookgroups dengan menggabungkan
nombor matrik, kumpulan dan nama contoh: a137085s1k3noorasheikin dan kemudian menjemput kawan dan Dr.